cellspacing="5" JurnalLinkiesTutobiesFacebookTwitterAsk.fmInstagram
Big Boss !

Miss Coklat

Hello, I'm Coklat from Malaysia. I am 22 this year 2020. I love reading. Thank you!

Come often !

You are very welcome :D

Tagboard !
Beep beep!


Big Clap !
© 2014 - Full Template by MilaSya and the basecode from Amirah.

Perkara annoying sepanjang ODL
Wednesday, January 13, 2021 @ January 13, 2021 | 0 Click for Comment (s)



Aku tak plan apa-apa untuk posting ini. So, aku takdalah sediakan semua benda yang buat aku annoyed sepanjang ber-odl ni. Aku tulis ni sebab aku tengah geram dengan seorang lecturer ni. Dia ni ada certain time dia tak buat attendance langsung, ada certain time pula dia akan tiba-tiba buat attendance tapi dia buat attendance tu SELEPAS HABIS WAKTU KELAS. Apa dia expect lepas habis waktu kelas tu aku nak menghadap phone je ke? Banyak kali doh. Dah habis waktu kelas kau tak payah la buat attendance lagi. Elok-elok aku masuk kelas kau full 2 jam, tapi disebabkan kau buat attendance selepas waktu kelas, aku tak sempat tanda sebab aku dah tak tengok phone waktu tu, tak pasal-pasal dah dikira aku ni sebagai tak hadir kelas. EYYY FUJJJCKKK!!!!! Geramnya!!!!! Dah lebih tiga kali aku kena macam ni. Dah tu bila hari lain yang aku stay tengok phone sampai malam takda pulak dia nak buat attendance lepas waktu kelas!!!! Dah lah attendance ni penting! Ini universiti bukan sekolah!!!! AAAA STRESS GUEE!!!! 😡😡😡 Yang paling tak boleh blah bila tadi aku whatsapp dia, aku bagitau yang aku tak sempat tanda attendance, and dia just reply with this one emoji, "👌". Like, wha-...

14 January 2021-Thursday (3:12pm) @house

Sayang
Wednesday, November 25, 2020 @ November 25, 2020 | 0 Click for Comment (s)

Assalamualaikum, hello reader(s)!

Hari ini aku masih sedih ya sebab terkenangkan anak kucing aku, Tompok. I miss her... Semalam aku buang dia dengan adik beradik dia yg lain dekat masjid. Tapi malam tadi aku tak boleh tidur dok teringatkan Tompok. Sumpah jiwa aku tak tenang memikirkan dia dan adik beradiknya yg lain. Harini aku decide untuk bawa diorang balik if jumpa lagi dekat masjid tu. Tapi tadi pergi masjid, Tompok takda... Adik beradiknya yang lagi 3 ekor tu semua ada dekat situ tapi masing-masing ketakutan sebab tak biasa ada di luar rumah. Kesian tengok keadaan masing-masing. Mesti korang tak fahamkan kenapa aku asyik mention and worry lebih dekat Tompok?

Sebab Tompok ni dia special sikit. Dia tak normal macam kucing lain. Dia tak pandai jaga diri. Dia ada masalah mata dan masalah-masalah lain. Kira dia ni macam kucing kelainan upaya. Dia manja tapi dia juga kucing paling kasar daripada kucing-kucing yg aku pernah bela sebelum ini. Tapi aku rasa dia jadi macam tu sebab dia sakit. Dia tak boleh kawal keganasan dia tu. Dia juga yg paling lembut daripada kucing-kucing lain. Peningkan korang baca? Aku pun tak tahu macam mana nak explain pasal Tompok ni. Senang cakap dia ni special.

Dia dah tak nak minum susu badan mak dia sendiri sejak umur dia seminggu jadi aku belikan susu tepung dan akulah yang bagi dia susu setiap hari.. Masa tu aku fikir yg dia takkan dapat bertahan lama, tapi sampai sekarang dia masih hidup dan aktif which make me so happy. Aku memang jaga dia lebih dari kucing lain. Aku tak faham macam mana aku boleh selamba pergi uang dia semalam. Bodohnya aku. Sekarang dia dah hilang.

Sejak buang dia aku dah tak suka lepak dalam bedroom aku. Masuk bilik je mesti nangis. Rindu dia. Dia selalu teman aku dalam bilik. Dia suka makan. Dia kerap makan walaupun badan dia kecil je. Aku risau kalau dia tengah sendiri kat luar sana, macam mana kalau dia tak makan lagi? Ada kucing besar buli dia ke? Ya Allah aku tak tahu... Aku dah buat keputusan yg salah ke dengan melepaskan dia semalam? Aku nak tahu keadaan dia sekarang Ya Allah... Please give me a sign... Please tell me she's okay... Tompok I miss you, I am sorry.

BTW, adik beradik tompok aku dah bawa balik rumah semula. Bila tengok mereka di rumah, aku makin hiba memikirkan si Tompok yg entah berada dimana sekarang? Dia kesejukan ke? Dia lapar ke? Aku rasa sangat berdosa... Aku ingatkan bila aku buang kucing ni murung aku akan berkurang, rupanya makin kerap nangis pula... 😭😭😭

Baby, mummy miss you so much...


26 November 2020-Thursday

1st post
Saturday, October 17, 2020 @ October 17, 2020 | 0 Click for Comment (s)

 Hello. Ini 1st time aku nak post dalam blog ni sebab aku baru je create blog ni harini. Korang boleh panggil aku Miss Coklat. Bukan sebab aku berwarna coklat lol tapi sebab aku suka coklat. Aku ni teringin nak luahkan perasaan di media sosial tapi aku takut orang judge aku dan cakap bukan-bukan pasal aku jadi aku ambil inisiatif untuk buat blog ni dan tak perlulah aku letakkan identiti aku di sini. That's better for us. 

Okayyy

Aku ni sebenarnya dah byk kali buat blog tau tapi aku rasa macam takpalah buang yg lain dan mulakan yg baru. Hope this is my last blog. Hehe.. Aku harap sangat ada orang jumpa dan baca blog aku ni and nak berkawan dengan aku walaupun tak kenal aku. Tapi tu lah tak pernah lagi terjadi perkara macam tu. --"

Aku sebenarnya ada byk benda nak luah tapi bila luah kat sini nanti aku rasa sakit hati pulak. Takpelah bukan sekarang, lain kalilah ye. Kalau ada sesiapa singgah sini, komen lah. Bye :)